ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cupra bakal taja Barca?

Berita Global

Views

Setelah 13 tahun penajaan, Audi telah memutuskan untuk menamatkan kolaborasinya dengan kelab bolasepak FC Barcelona sekaligus memberi ruang kepada jenama automotif lain untuk ‘masuk jarum’. Dilaporkan satu lagi jenama di bawah kumpulan Volkswagen, Cupra digembar-gemburkan sebagai calon utama untuk menjadi penaja automotif kelab Catalan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Menurut laporan Periodisimo Del Motor, sub-jenama Seat ini sebenarnya sedang dalam rundingan lanjutan dengan kelab tersebut, dan kolaborasi mereka bakal menyaksikan mereka bukan sekadar membekalkan kereta kepada pemain kelab itu. Salah satu punca mengapa Audi memutuskan untuk menarik diri dari perjanjian tersebut adalah kerana pembuat kereta Jerman itu semakin bosan melihat pemain FC Barcelona datang ke pusat latihan dan perlawanan dengan kereta yang tidak dibekalkan oleh mereka kepada kelab.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Berapa jumlah yang perlu dibayar oleh Cupra untuk kolaborasi ini masih tidak diketahui, berkemungkinan ia sekitar 5.5 juta Dolar Amerika (RM22,651 juta), sama seperti yang dibayar oleh Audi kepada kelab itu setiap tahun. Persoalannya sekarang, adakah pemain pasukan bertaraf ‘diva’ itu akan rasa selesa untuk memandu model-model seperti Cupra Ateca, Leon Cupra R dan Cupra Formentor ataupun sebaliknya.

Mereka-mereka ini sudah biasa memandu kenderaan yang lebih gah dan mewah milik mereka sendiri seperti Bentley, Ferrari dan Lamborghini. Sama ada rundingan ini menjadi atau tidak, kita nantikan kesudahannya. Mungkin ada sebab mengapa dua jenama besar dari Sepanyol ini begitu berminat untuk berkerjasama, betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply