ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin Pilot Sport 4 SUV – Tayar untuk SUV berprestasi tinggi dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Pengeluar tayar terkemuka di dunia, Michelin melancarkan tayar Michelin Pilot Sport 4 SUV khusus untuk Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang hebat dan berprestasi tinggi. Ia direka dengan ciri-ciri jangka hayat yang panjang, prestasi membrek yang luar biasa, pengendalian yang dinamik dan seterusnya memberi pengalaman pemanduan yang selesa.

Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon berkata, tayar untuk SUV ini melengkapkan rangkaian produk Pilot Sport dengan padanan teknologi sukan permotoran yang terkini dan peningkatan kecekapan untuk memberi kepuasan pemanduan tanpa had yang selamat.

Tayar keluaran ini mempunyai corak bunga yang lebih baik dan bahan sebatian tayar yang baharu untuk cengkaman yang lebih mantap dan prestasi membrek yang cemerlang ketika jalan basah, selari dengan slogannya, “Sentiasa dalam kawalan, di mana sahaja”.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Dihasilkan dengan bahan sebatian baharu yang menggabungkan fungsi inovatif elastomer dan silika, tayar terbaharu ini mengungguli ujian pengendalian di permukaan jalan basah yang dijalankan bersama tayar daripada jenama terkemuka yang lain. Ujian tersebut mencatatkan masa 5.06 saat lebih pantas untuk satu pusingan litar sepanjang 1,050 meter berbanding pesaingnya.

Selain itu, tayar ini juga mendahului dalam ujian brek di permukaan jalan kering dengan catatan jarak sehingga 2.7 meter lebih pendek. Di permukaan jalan basah, kenderaan mampu membrek sehingga 4.9 meter lebih pendek dengan tayar baharu dan sehingga 8.5 meter lebih pendek dengan tayar terpakai.

Michelin Pilot Sport 4 SUV hadir dengan reka bentuk alur asimetri baharu yang menguatkan corak bunga dan memberikan cengkaman maksima semasa di selekoh. Lilitan tali sawat hibrid yang diperbuat daripada aramid dan nilon juga menjanjikan tindak balas kawalan yang dinamik dan ketepatan pemanduan.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Jangka hayat tayar ini juga sangat baik, sehingga 13,000 kilometer lebih berbanding tayar daripada jenama terkemuka lain. Ia mengangkat reka bentuk pintar yang menggabungkan blok bunga yang kukuh dan lapisan pelindung berkapasiti tinggi untuk meningkatkan ketahanan terhadap kerosakan, sekaligus memberi keyakinan dan menjamin keselamatan pemandu semasa di jalan raya.

Pascal menambah, Michelin Pilot Sport 4 SUV diberikan sentuhan reka bentuk yang eksklusif dengan menampilkan 91 peratus kemasan berwarna hitam yang elegan untuk menyerlahkan gaya sporty. Tayar ini juga dioptimumkan bagi keselesaan penumpang dan meminimumkan bunyi bising untuk memberi pengguna pengalaman pemanduan yang menakjubkan.

TayarMichelin Pilot Sport 4 SUV yang baharu ini kini boleh didapati di TYREPLUS dan semua pengedar sah Michelin di seluruh negara dalam 39 pilihan saiz untuk rim kenderaan dengan diameter 17 sehingga 23 inci.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply