ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah tiba masanya benarkan rentas negeri – Dr Dzulkefly Ahmad

Berita Tempatan

Views

Sudah tiba masanya kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri, kecuali mempunyai bukti kukuh tentang ‘outbreaks‘ atau penularan baharu pandemik COVID-19. Sinar Harian melaporkan, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes positif yang direkodkan sekarang bukanlah seperti penularan pada sebelum ini di mana kes menular atas situasi tertentu seperti penjara, depot tahanan dan asrama kilang yang padat.

Kata beliau, ini menunjukkan bahawa kes melonjak kerana tiada amalan penjarakan sosial, prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi di tempat-tempat kerja, asrama dan depot tahanan. Beliau ingin tegaskan tiada lonjakan yang mendadak daripada pergerakan ke negeri-negeri lain yang ketara. Jadi katanya, pulang ke kampung halaman pada bila-bila masa bukanlah masalah yang sebenar.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tambah beliau, derita ibu bapa tidak dapat berjumpa anak-anak dan sebaliknya bukan kepalang. Pada bila-bila masa sahaja kita boleh pulang tetapi yang penting ialah apabila kita pulang, SOP harus dipatuhi walaupun kita bersama saudara terdekat.

Jelasnya, jika kita tidak dapat mematuhi amalan yang asas seperti elakkan 3S (sesak, sempit, sembang dekat) dan SOP yang lain, mungkin lebih baik kita elakkan risiko menjadi sumber dan punca jangkitan kepada ibu dan ayah yang kita sayangi. Beliau juga berkata, sudah lama tidak berjumpa dengan ibunya di kampung.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini menyatakan, walaupun terdapat penurunan kes harian, namun belum masanya untuk kerajaan membuka pintu negeri secara total. Dalam pada itu, Dzulkefly mengemukakan beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan kerajaan pada ketika ini. Antaranya membenarkan dan membuka semua sempadan negeri tanpa sekatan kecuali ada bukti penularan.

Selain itu, melaksanakan ujian saringan RTK-Ag secara besar-besaran, memberi fokus kepada pematuhan SOP di tempat berisiko tinggi dan meningkatkan kesedaran kesihatan. Tambahnya lagi, kerajaan juga boleh memberi kesedaran kepada rakyat bahawa vaksin adalah salah satu komponen melawan pandemik bukannya penyelesaian muktamad sehingga kita mencapai sasaran 80 peratus divaksinasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian dan TheStar

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply