Setelah Toyota Veloz dan Avanza dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Indonesia semalam, hari ini tiba giliran PT Astra Daihatsu Motor melancarkan Daihatsu Xenia 2022 generasi baharu bersempena pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021.
Seperti yang kita semua sedia maklum, ketiga-tiga model ini berkongsi hampir semua komponen yang sama, hanya berbeza dari segi penampilan mengikut gaya rekaan jenama masing-masing.
Xenia 2022 ditawarkan dalam lima pilihan varian, iaitu:
- 1.3 M
- 1.3 X
- 1.3 R
- 1.5 R
- 1.3 R ASA
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Tujuh pilihan warna ditawarkan untuk Xenia 2022, iaitu Midnight Black Metallic, Icy White, Silver Metallic, Dark Grey Metallic, Compagano Red, Purplish Silver dan Greenish Gun Metal.
MPV tujuh tempat duduk yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu 1NR-VE 1.3L Dual VVT-I (95 PS , 121 Nm daya kilas) dan 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas).
Enjin ini digandingkan pula dengan pilihan transmisi D-CVT atau manual 5-kelajuan. Antara ciri-ciri menarik Xenia 2022 adalah susun atur tempat duduk “Mod Sofa”, jarak lega tanah yang tinggi dan radius pusingan yang kecil.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Xenia 2022 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini, Daihatsu A.S.A (Advance Safety Assist) yang terdiri daripada:
- Monitor Pandangan Keliling (kamera 360-darjah)
- Amaran Pra-Perlanggaran
- Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control)
- Bantuan Mula Mendaki
- Pengelap cermin dengan Penderia Kelajuan Berselang-seli
- Kawalan Kekal Laluan
- Amaran Berlepas Laluan
- Kawalan Cengkaman
- ABS, EBD
Harga yang ditawarkan bermula dari 190.9 juta Rupiah (RM55,754) hingga 242.4 juta Rupiah (RM70,802). Menurut info dari Mat Bond, kembar model ini iaitu Perodua Alza (D27A) akan dilengkapi ciri tambahan, antaranya brek parkir elektronik, brek cakera di belakang serta sistem lengkap Perodua Smart Drive Assist (PSDA).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI