ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi facelift sah dapat kombinasi meter dan stereng baharu

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Perodua sebentar tadi memuat naik grafik poster terbaharu Myvi facelift yang memaparkan sedikit rekaan meter dan sterengnya.

Sepertimana yang kami war-warkan dalam artikel terdahulu, kini sah Myvi facelift akan mendapat meter dan stereng baharu.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Panel meter Myvi facelift menggunakan kombinasi meter analog berlatar belakang warna merah dan satu paparan pelbagai maklumat digital berwarna penuh jenis TFT di tengah-tengahnya.

Jika diperhatikan pada foto tersebut, kelihatan seperti grafik animasi alu-aluan dalam bentuk 3D Myvi facelift yang memaparkan bahagian lampu dan jeriji hadapan pada skrin TFT tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Selain itu, Myvi facelift turut mendapat stereng baharu yang berkongsi komponen dengan model Ativa.

Tempahan Myvi facelift telah pun dengan harga bermula dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).

Menurut informasi dari ejen perisik Mat Bond, desas-desus mengatakan Myvi facelift bakal dilancarkan secara rasmi pada 18 November ini (Khamis minggu depan).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply