Nampaknya ketirisan foto-foto Daihatsu Xenia 2022 (namakod D26A) kembar kepada bakal generasi baharu Perodua Alza (D27A) tidak mampu lagi dibendung.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Belum sempat lagi membuat membuat debut global pertama di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021, akaun Instagram Indra Fathan, telah memuat naik beberapa lagi foto yang dikatakan varian Xenia 1.3 R ADS CVT dan 1.3 X CVT.
Selain varian dengan enjin 1.3 liter, Xenia 2022 turut ditawarkan dengan satu lagi pilihan enjin iaitu 1.5 liter. Antara ciri-ciri menarik Xenia 2022 adalah susun atur tempat duduk “Mod Sofa”, jarak lega tanah yang tinggi, radius pusingan yang kecil, kotak gear D-CVT, Daihatsu A.S.A dan monitor pandangan keliling.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Apa yang penting, bakal pengganti Perodua Alza ini turut dilengkapi dengan corong pendingin hawa belakang boleh laras yang berada pada bahagian silingnya. Jadi penumpang di belakang akan merasa lebih nyaman sepanjang perjalanan.
Apa pendapat anda dengan Daihatsu Xenia 2022?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Indra Fathan
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI