ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dapat pelanggan kaki pancing – Rider Foodpanda sanggup dayung sampan hantar makanan

Berita Global

Views

Seorang penghantar makanan syarikat Foodpanda di Thailand dirakam mendayung sampan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Menurut Kosmo!, portal berita Thaiger News kelmarin melaporkan seorang penghantar makanan lengkap memakai seragam Foodpanda dan bertopi keledar itu terpaksa mendayung sampan ke­rana pelanggannya sedang memancing di Sungai Bang Pakong dalam wilayah Chachoengsao, tengah Thailand.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Gambar penghantar makanan itu dimuat naik di laman Facebook bersama kapsyen: “Foodpanda telah melancarkan perkhidmatan penghantaran melalui jalan air.” Rupa-rupanya, penghantar makanan itu tidak tahu dia perlu menggunakan sampan ketika bersetuju menerima pesanan pelanggan. Ini kerana, lokasi yang diberi pelanggannya hanya mengatakan dia berada di sungai itu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Apabila tiba di lokasi yang diberikan, penghantar makanan itu menghubungi pe­langgan yang juga kenalannya sebelum diberitahu dia sedang memancing. Penghantar makanan itu terpaksa meminjam sebuah sampan bermotor yang berlabuh di jeti sungai untuk ke lokasi pe­langgan. Media Thailand melaporkan, pemandu itu tidak menerima bayaran tambahan untuk penghantaran khas yang dilakukannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply