Mana-mana syarikat Bumiputera, termasuk syarikat yang tidak pernah terbabit dalam aktiviti automotif boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2024.
Langkah itu selaras dengan usaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk terus meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.
Syarikat Bumiputera yang berminat adalah tertakluk kepada syarat utama iaitu berstatus Sendirian Berhad; pemilikan 100 peratus Bumiputera; mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
“Pelaksanaan dasar ini dijangka akan menarik lebih banyak syarikat Bumiputera untuk berkecimpung dalam industri automotif.
“Pertambahan bilangan syarikat akan menjadikan segmen ini lebih kompetitif dan berdaya saing,” kata MITI dalam satu kenyataan.
Kementerian itu berkata, objektif utama kerajaan adalah untuk terus memperkasa agenda sosio-ekonomi Bumiputera dengan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing untuk terbabit dalam sektor automotif.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Justeru, MITI mempelawa syarikat-syarikat Bumiputera yang berminat dan layak untuk membuat permohonan. Garis panduan, borang permohonan dan senarai semak boleh dirujuk di https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/3796.
Dasar AP Terbuka yang dilaksanakan sejak 1970 berjaya melahirkan syarikat Bumiputera yang berdaya maju, bukan saja di dalam segmen mengimport dan menjual kenderaan, tetapi juga dalam aktiviti-aktiviti utama di sepanjang rantaian bekalan seperti perkhidmatan selepas jualan, insurans dan logistik.
Dasar itu adalah antara dasar berkaitan Bumiputera yang masih dikekalkan sehingga kini dan penting bagi mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara seperti yang digariskan di bawah Dasar Ekonomi Baharu (DEB). – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit NAZA Automall
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI