ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dasar kawal selia p-hailing akan bentangkan ke Kabinet

Berita Tempatan

Views

Dasar bagi mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) di negara ini akan dibentangkan ke Kabinet, dalam masa terdekat.

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ketika ini, Kementerian Pengangkutan bersama kementerian lain sedang memuktamadkan perincian teknikal dasar berkenaan.

Beliau berkata, dasar itu antara lain memuatkan perincian mengenai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) penunggang, had kandungan dibenarkan, selain aspek keselamatan jalan raya.

Katanya, Kabinet akan membuat keputusan berhubung dasar p-hailing selepas perincian kawal selia industri berkenaan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Secara prinsipnya, Kementerian Pengangkutan akan dipertanggungjawab bagi mengendalikan dasar untuk p-hailing dengan kementerian lain membantu memberi input berkaitan.

Mesyuarat penyelarasan juga sudah dibuat antara kementerian dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebagai persediaan bagi dasar p-hailing itu dikemukakan ke Kabinet untuk kelulusan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) untuk Sektor Pengangkutan Maritim dan Logistik, di Iskandar Puteri, semalam.

April lalu, Kementerian Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan kementerian berkaitan bagi melihat kembali peraturan, sekali gus mengawal selia industri p-hailing di negara ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ka Siong dilaporkan berkata, langkah itu dibuat bagi melindungi hak dan nasib penunggang penghantar makanan p-hailing.

Sebelum ini, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia dilaporkan meminta kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah dihadapi penunggang p-hailing terutama berkaitan sistem bekerja, prosedur operasi standard (SOP) syarikat dan kadar upah yang diberikan.

Ahad lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pula dilaporkan berkata, dua pemain utama perkhidmatan p-hailing iaitu Food Panda Malaysia Sdn Bhd dan Grab Malaysia, diminta mengemukakan cadangan serta dasar yang komprehensif untuk dilaksanakan, dalam waktu terdekat.

Tambahnya, ia bagi menambah baik perkhidmatan ditawarkan kepada pengguna, peniaga dan penghantar, termasuk mengkaji kadar caj lebih rendah berbanding pada masa ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ministry of Transport Malaysia

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply