Ini berita baik buat peminat kenderaan elektrik (EV) dan juga pelombong kripto! Jika anda masih yakin dan percaya dengan masa depan wang kripto bagi menggantikan wang fiat, anda mungkin boleh mempertimbangkan membeli EV, Daymak Spiritus.
JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring
Portal Amanz.my melaporkan, Daymak Spiritus merupakan EV tiga roda yang boleh digunakan untuk melombong kripto semasa ia tidak digunakan. Kesemua kripto seperti Bitcoin, Doge, Ethereum, dan Cardano yang dilombong, kemudiannya akan disimpan di dalam dompet elektronik yang juga terbina pada kereta.
Penjualan EV ini disasarkan pada tahun 2023 dan ketika ini ia masih pada fasa pembangunan. Pengeluar EV berkenaan berkata, kemampuan melombong disertakan kerana mereka percaya menjelang 2023, penggunaan kripto untuk pembayaran akan menjadi satu kelaziman.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Prototaip awal EV ini telah pun siap dibina dengan dua model bakal ditawarkan, iaitu Spiritus Deluxe dan Spiritus Ultimate.
Spiritus Deluxe mempunyai jarak perjalanan 289 km dengan kelajuan maksimum 137 km/j dijual pada harga $20,000 (RM83,163), manakala Spiritus Ultimate dengan jarak 480 km dan kelajuan maksimum 209 km/j pula dijual pada harga $150,000 (RM623,798).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI