ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Tular

Views

Polis mengesahkan pemandu lori yang terbabit melanggar lebih 10 buah kereta di Kompleks E, Putrajaya sudah dikesan.

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, pemandu lori berkenaan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Jelasnya, 10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, CGSO Parcel E juga memaklumkan, lokasi kejadian telah diwartakan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk parkir sebarang kenderaan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir.

Katanya, pihaknya juga difahamkan, polis akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan dan boleh mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak patuh.

Sebelum ini, tular sebuah video di laman sosial memaparkan sebuah lori melanggar lebih 10 buah kereta. Pelanggaran itu menyebabkan pelbagai kerosakan termasuk kesan calar dan kerosakan cermin sisi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Khirwan Hashim

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply