ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Detektif Bawang’ siasat pemilik Triton parkir di laluan pejalan kaki, rupanya ada 10 saman tertunggak

Tular

Views

Tindakan individu meletakkan sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton di laluan pejalan kaki telah menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Menurut KOSMO! ONLINE, menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, memperlihatkan kenderaan tersebut sedang parkir di kawasan larangan sehingga menghalang seorang orang kelainan upaya (OKU) yang ingin melalui laluan berkenaan.

“Macam mana la OKU nak lalu, kalau nak parkir berbumbung beli la rumah bawah yang mahal-mahal,” ciapnya.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Kemudian, selepas dua jam perkongsiannya menjadi tular di media sosial dan difahamkan ada pihak telah membuat aduan mengenai perkara tersebut, dia sekali lagi memuat naik ciapan terbaharu memaklumkan bahawa pihak penguat kuasa telah datang bagi mengambil tindakan kepada pemilik kenderaan itu.

“Nah mendapat penguat kuasa dah datang buat kerja, mantap,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna lain turut memeriksa nombor pendaftaran kenderaan tersebut bagi mengetahui pemilik sebenarnya.

Hasil daripada pencarian yang dilakukan, kenderaan tersebut ternyata mempunyai tunggakan saman sebanyak RM2,400. “Terdapat 10 saman berjumlah RM2,400 sehingga 4 Mac 2022.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

“Siapa kenal pemilik Triton ini pesan pada dia selesaikan saman tertunggak dan pesan juga untuk jumpa mak cik berkerusi roda itu dan minta maaf sebab parkir kereta macam itu,” ujar Amirul Aiman Hamsuddin.

Selain itu, seorang pengguna lain turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan individu tersebut yang dianggap tidak berakal.

“Apa jenis manusia la, siapa ajar parkir kenderaan di laluan pejalan kaki, ini belajar kelas memandu atau tidak,” komen Rahim Mahmud.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @keretasewaqayem

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply