ARKIB

KATEGORI

Buletin

AirAsia kenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac

Berita Tempatan

Views

AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac 2022 bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsanya.

Menurut Berita Harian, pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melepasi AS$120 setong.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac, 2022. Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac, 2022 tidak akan terjejas.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menambah, kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10 manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.

Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam; tiga hingga empat jam; dan lebih daripada empat jam masing-masing pada RM35, RM50 dan RM60.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas berikutan harga bahan api yang terus meningkat akibat keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ujar beliau, sejak kali terakhir mereka memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah US$48 setong waktu itu, pihaknya telah mengalami beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini.

Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lepas untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan. Malangnya, keadaan semasa, dengan harga bahan api telah melonjak lebih 160 peratus daripada angka pada 2015, telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan.

Beliau berkata, pihaknya berharap langkah ini hanya sementara dan akan terus memantau keadaan semasa, di samping memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply