ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek MRT3 akan dilaksana, Lebuh Raya Pan Borneo ditambah baik – PM

Berita Tempatan

Views

Kabinet hari ini, bersetuju untuk melaksanakan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3), menambah baik pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) dan projek tebatan banjir, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita Harian melaporkan, Perdana Menteri berkata, keutamaan akan diberikan kepada kontraktor tempatan, terutama golongan Bumiputera bagi menjana peluang perniagaan serta pekerjaan untuk ‘Keluarga Malaysia’.

Katanya, ini akan memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, khususnya objektif kerajaan untuk terus memperkasa sektor perniagaan serta mencipta 600,000 pekerjaan, tahun ini.

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk meluluskan pelaksanaan projek MRT 3 yang akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu bayar dan lancar untuk Keluarga Malaysia.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Mengenai projek LPB, Ismail Sabri berkata, Fasa Pertama LPB Sabah sedang giat dilaksanakan, membabitkan sebanyak 15 pakej dengan kemajuan kerja ketika ini sudah mencapai 52 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2024.

Jelas beliau, bagi menambah baik lingkaran jalan untuk Keluarga Malaysia di Sabah, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan 19 pakej kerja tambahan yang akan meMBABITKAN jajaran sepanjang 367 kilometer (km) dengan tempoh pembinaan selama lima tahun.

Tambahnya, Fasa Pertama LPB Sarawak pula akan membabitkan jajaran 786km dan telah mencapai 78 peratus kemajuan kerja setakat ini.

Bagi melengkapi LPB Sarawak, kerajaan turut bersetuju untuk melaksanakan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB).

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan ketika ini menyediakan peruntukan pembangunan bernilai RM1 bilion setahun bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi projek tebatan banjir.

Selain itu, katanya, Kabinet memutuskan untuk meningkatkan dan menyegerakan projek tebatan banjir dengan tambahan perbelanjaan sebanyak RM15 bilion bagi tempoh 2023 sehingga 2030, selepas mengambil kira fenomena banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang serius sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Pelaksanaan projek infrastruktur berimpak tinggi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merangkumi pembinaan rel bersepadu dan lebuh raya serta projek tebatan banjir akan memangkin pembangunan ekonomi serta menyumbang kepada daya saing negara serta kesejahteraan rakyat.

Keputusan melaksanakan projek berkenaan mencerminkan keprihatinan kerajaan bagi menyediakan pelbagai peluang bagi Keluarga Malaysia dan mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit rnggt.com

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply