ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pam minyak cara ‘old skool’ di Dabong tarik perhatian warganet

Berita Tempatan

Views
@anisna98Stesen minyak manual😆 ##fyp♬ Soap – Melanie_Martinez

Isian minyak petrol secara tradisional dengan mengepam bahan api itu menggunakan tangan menjadi tarikan baharu dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk luar Dabong.

Menurut Sinar Harian, kaedah itu turut menunjukkan kepada masyarakat bahawa cara tersebut masih digunakan walaupun pada zaman moden.

Ia diakui sendiri oleh pemilik sebuah kedai runcit, Norhayati Musa, 46, yang menawarkan perkhidmatan isian petrol secara tradisional kepada penduduk di kawasan yang mula dikenali melalui perkhidmatan ‘Train To Dabong‘.

Ujarnya, cara isian bahan api ini berbeza dengan kaedah di stesen minyak kerana perlu dipam menggunakan tangan mengikut isipadu yang telah ditetapkan sebelum disalurkan ke tangki kereta atau motosikal.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Menurutnya, cara isian minyak itu mula tular di aplikasi Tiktok sehingga penduduk luar kawasan Dabong mula datang ke kedainya untuk melihat secara dekat proses itu berlaku.

Tambah Norhayati, bahan api yang dijual kepada pelanggan itu mengikut harga semasa sebagaimana dilaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Norhayati berkata, setiap liter bahan api yang dijual itu akan direkod dan setiap hari KPDNHEP akan menghantar bekalan bagi menampung permintaan pengguna.

Katanya, stesen minyak terdekat dengan kawasan itu ialah di Jeli iaitu 60 kilometer (km) diikuti oleh Gua Musang sejauh 65 km, dan Kuala Krai pula 120km.

Seorang pengguna dari Kota Bharu, Ilane Kamarul, 25, berkata, dia cukup teruja dapat mencuba sendiri perkhidmatan tersebut yang tular menerusi Tiktok.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Sebagai generasi baru, dia menganggap kemudahan ini cukup unik dan belum pernah melihat secara dekat. Tambahnya, dia datang ke Dabong atas urusan kerja.

Selepas urusan selesai, dia mengambil keputusan untuk mencuba perkhidmatan ini kerana tidak puas menontonnya di aplikasi Tiktok.

Menurutnya, kemudahan pam tradisional ini memudahkan tugas orang ramai sekiranya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bahan api itu kerana jarak ke stesen minyak utama agak jauh.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, terdapat 13 lokasi yang menjual bahan api itu di bawah seliaan pihaknya.

Tambah beliau, pemantauan dilakukan setiap masa bagi memastikan penyelewengan bahan api itu tidak berlaku termasuk gas petroleum cecair (LPG).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply