ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat tempahan 7, 000 unit untuk model Persona

Views

Abang sulung dah kembali! Proton kini mula bangkit setelah lama mencari rentak untuk menguasai semula pasaran automotif tempatan yang masih dikuasai oleh Perodua. Model Persona generasi baharu yang dilancarkan pada Ogos lalu, mula menunjukkan potensi baik dan jumlah tempahannya kini mencecah 7,000 unit. Generasi kedua Persona yang dibangunkan dari platform Iriz berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan antara 3,000 dan 4,000 unit sebulan seperti yang telah ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali.

Tahun ini sahaja menyaksikan empat model baharu diperkenalkan oleh Proton, dua daripadanya telah selamat dilancarkan secara rasmi iaitu Perdana dan Persona baharu. Dua lagi model bakal menyusul dengan model ‘sedan rakyat’ Saga pada akhir bulan ini dan sebuah lagi MPV segmen-B hasil usahasama Proton dan Suzuki, Ertiga bakal membuat kemunculan rasmi pada Oktober nanti. Secara tidak langsung ia menunjukkan keyakinan pembeli mula kembali kepada jenama tersebut setelah bergelut dengan masalah kualiti dan selepas jualan sebelum ini. Tahniah Proton, teruskan usaha anda!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply