ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua bengkel haram ‘port’ Mat Rempit modifikasi motosikal diserbu, siap ada mesin dyno

Berita Tempatan

Views

Polis menyerbu dua bengkel motosikal di Tanjung Bunga di Georgetown, yang dikenal pasti terbabit dengan kerja pengubahsuaian motosikal bagi aktiviti rempit dan lumba haram.

Menurut Berita Harian, serbuan menerusi operasi bersepadu itu membabitkan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata pemeriksaan pada bengkel pertama menemukan mesin ‘dyno yang digunakan bagi menguji tahap kelajuan motosikal selain tayar sotong yang menjadi kegilaan dalam kalangan mat rempit.

Katanya, polis turut mengesan beberapa motosikal yang diubah suai dan digunakan bagi tujuan lumba haram atau perlumbaan berlesen.

Pada pemeriksaan itu, pihaknya mendapati kedua-dua bengkel berkenaan beroperasi tanpa lesen sah daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Sebanyak tiga motosikal yang disyaki diubah suai bagi tujuan lumba turut dibawa ke balai bagi mengesan pemilik serta tujuan pengubahsuaian.

Kebanyakan bengkel di sini adalah rumah persendirian yang dijadikan premis membaiki motosikal. Mengulas lanjut Soffian berkata, JPJ turut mengeluarkan tiga notis berikutan pengubahsuaian.

Katanya, inisiatif operasi berkenaan adalah bagi memastikan Pulau Pinang sebagai sifar aktiviti rempit, lumba haram dan samseng jalanan.

Pihaknya turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap pemilik dan pekerja di kedua-dua bengkel berkenaan bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan pengambilan bahan terlarang.

Pemeriksaan ini dilakukan dalam semua sudut, misalnya KPDNHEP melihat daripada ketulenan aksesori yang digunakan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Premis berkenaan adalah antara 21 bengkel di daerah Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai Selatan yang diperiksa menerusi operasi bersepadu yang dijalankan semalam.

Pihaknya juga akan memeriksa rekod motosikal yang ditemukan sama ada masih ada pemiliknya atau pernah dilaporkan hilang.

Sehubungan itu pemilik bengkel dinasihati supaya mematuhi peraturan menerusi lesen yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pada pemeriksaan terhadap bengkel kedua, pemilik yang mahu dikenali sebagai Zam mendakwa, rumah ibunya itu sudah dijadikan bengkel membaiki motosikal kira-kira 15 tahun lalu.

Katanya, terdapat motosikal yang sudah diubahsuai dan rosak, sebelum dihantar kepadanya bagi diperbaiki.

Difahamkan, penunggang motosikal yang terselamat dalam kejadian maut membabitkan lima nyawa di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pada Julai lalu, turut bekerja sebagai mekanik di satu daripada bengkel berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang Press

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply