ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wajah sebenar Baojun KiWi EV Mini SUV mula diperlihatkan

Berita Global

Views

Sedikit demi sedikit wajah sebenar model Baojun KiWi EV Mini SUV/Crossover mula diperlihatkan. Buat kali pertama kita dapat menyaksikan rekaan bahagian depannya yang cukup ranggi dan bergaya.

Model yang seakan ‘klon’ Suzuki Jimny versi EV ini tampil dengan rekaan berbentuk kotak dengan penggayaan moden, bampar yang agak besar dan kemasan warna badan dwitona selain tiang-Anya yang dicat hitam.

Baojun adalah satu jenama di bawah usaha sama SAIC-GM-Wuling (SGMW) dan diposisikan sedikit tinggi berbanding dengan jenama Wuling, yang cukup tersohor menerusi model Mini EV.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Dalam video acah yang pertama 4×4 ini hanya dikenali sebagai “kereta pertama dari jenama baharu”, tetapi kali ini kelihatan nama KiWi terpampang pada jeriji depannya.

Beberapa media automotif China membuat spekulasi yang mengatakan nama KiWi bakal menjadi jenama bebas.

Buat masa ini hanya satu model yang menggunakan nama tersebut, iaitu Baojun KiWi yang merupakan kereta elektrik mini yang telah dikemaskini beberapa minggu lalu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Model ini dijangka akan berkongsi pelantar bersama Baojun KiWi, dengan dua motor elektrik. KiWi hanya menggunakan motor elektrik tunggal di bahagian belakang dengan output sama ada 54 atau 68 kuasa kuda.

Jadi, dengan tambah satu lagi motor elektrik Baojun KiWi EV Mini SUV setidak-tidaknya mempu menjana output mampu menjana 110 kuasa kuda.

Versi sedia-pengeluarannya bakal dipamerkan semasa Guangzhou Auto Show pada penghujung November. Pelancaran rasminya ke pasaran China pula dijadualkan pada suku pertama (Q1) 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit gmauthority.com

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply