ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua jam tunggang motosikal semata-mata untuk pulang ke kampus UTM

Berita Tempatan

Views

Seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tabah mengharungi perjalanan dengan menunggang motosikal selama kira-kira dua jam dari Batu Pahat untuk kembali menyambung pengajiannya di kampus universiti berkenaan, di Skudai.

Menurut Utusan Online, Nur Fathen Amira Kosmani, 23, memberitahu, dia bertolak dari kediaman keluarganya di Parit Raja, Batu Pahat pada pukul 8 pagi sebelum tiba ke Skudai dua jam kemudian.

Katanya, dia hanya tinggal satu semester untuk menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan kebenaran memasuki kampus ini akan membantunya untuk melaksanakan projek tahun akhir.

Ini kerana projek berkenaan memerlukannya untuk menggunakan makmal bagi menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Tambah Nur Fathen Amira, mereka akan menggunakan peluang kembali ke kampus bagi semester baharu kali ini untuk menamatkan pengajiannya sekaligus mencapai cita-cita bergelar pemegang ijazah.

Seorang lagi penuntut dari Klang, Selangor, Iman Aidi Elham Hairul Nizam, 22, pula memberitahu, dia berasa teruja kerana dapat kembali menyambung pengajian secara fizikal berbanding hanya secara dalam talian.

Katanya, rasa seronok dapat kembali ke kampus dan bertemu dengan rakan-rakan. Dia juga yakin pihak universiti telah mengambil inisiatif terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesihatan warga kampus

Sementara itu, UTM menjangkakan seramai 856 penuntut di Kampus Johor Bahru dan 92 penuntut di kampus Kuala Lumpur akan mendaftar masuk secara fizikal dan mendiami kolej kediaman masing-masing bagi kemasukan fasa pertama yang bermula hari ini.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Menurut kenyataan dikeluarkan universiti itu, seramai 6,000 penuntut akan memasuki kampus universiti awam berkenaan secara berperingkat dalam tiga fasa yang ditetapkan.

Proses kemasukan penuntut dilakukan dalam beberapa fasa dengan syarat mereka telah lengkap vaksinasi, mendapat kelulusan universiti dan daripada kumpulan pelajar yang berkeperluan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengetua Kolej Tun Fatimah UTM, Noor Mala Ibrahim pula memberitahu, penuntut yang dibenarkan memasuki kampus adalah yang telah membuat permohonan dan menepati kriteria ditetapkan pihak universiti.

Bagi kemasukan fasa pertama ini, setiap penuntut akan ditempatkan dalam bilik secara berseorangan selepas ujian saringan Covid-19 yang dilakukan mereka mendapat keputusan negatif.

Sekiranya ujian dibuat mendapati mereka positif, mereka akan ditempatkan di Pusat Isolasi dan Kuarantin terlebih dahulu sehingga tempoh yang ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply