ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tarantula HMAV 4×4 buat penampilan dalam Latihan Kuasa Tembakan 2021

Berita Tempatan

Views

Dalam Latihan Kuasa Tembakan 2021 (LKT) yang berlangsung di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas telah menyaksikan kemunculan kenderaan pengangkut berperisai Tarantula HMAV 4×4 yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd.

Portal Defence Security Asia melaporkan, adakah “kemunculannya” itu pada LKT 2021 baru-baru ini, merupakan suatu “quiet endorsement” daripada pihak ATM terhadap kenderaan tempur keluaran syarikat tempatan, menandakan kemungkinan bahawa ia akan memasuki inventori Tentera Darat tidak lama lagi?

Menurut sumber, selagi tiada “hitam putih” daripada pihak Kementerian Pertahanan, maka, setiap kenderaan tempur yang bersaing untuk memenangi kontrak ATM masih mempunyai peluang yang sama rata.

Bagaimanapun, kemunculan Tarantula HMAV 4×4 itu pada demonstrasi kuasa tembakan itu semalam adalah suatu perkembangan yang baik untuk industri pertahanan negara dan kita berharap industri strategik itu terus berkembang.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Diharapkan Kementerian Pertahanan terus memberikan sokongan kepada industri pertahanan tempatan. Bagi kenderaan Tarantula HMAV itu sendiri, portal itu juga dimaklumkan ia telah “dirisik” oleh beberapa pihak luar yang tertarik dengan kemampuannya.

Menurut sumber, beberapa agen syarikat asing telah pun menunjukkan minat. Pihak-pihak luar yang tertarik dengan kenderaan itu adalah dari Timor Leste dan Nigeria, yang mahu menjadikan HMAV 4×4 sebagai salah satu kenderaan tempur untuk pasukan tentera dan agensi keselamatan mereka.

Laporan sebelum ini mengatakan, satu kolaborasi antara MILDEF dan syarikat tempatan di Timor Leste, Golden Dragon Machineries Unipersonal Lda. untuk memperkenalkan model tersebut serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan di sana.

Selain itu, kerjasama itu turut menyentuh soal pertukaran teknologi antara dua negara Malaysia dan Timor-Leste. Kenderaan tempur Tarantula HMAV itu telah dibangunkan sendiri oleh MILDEF dengan keseluruhan tenaga kerjanya adalah anak-anak tempatan.

Tarantula yang dilaporkan dengan kos RM16 juta daripada “poket sendiri” syarikat juga telah menjalani sesi ujian yang dilaksanakan oleh pasukan uji nilai Angkatan Tentera Malaysia termasuk menempuh perjalanan dan rintangan sejauh kira-kira 2,500km.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Antara ujian yang terpaksa dihadapi oleh kenderaan HMAV4x4 pada sesi uji nilai ATM itu termasuklah mendaki cerun 30 darjah, 150 off road dengan muatan perang, cerun sisi dan turun bukit.

Tarantula dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga yang paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi spesifikasi mana-mana negara yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Dilengkapi dengan sistem persenjataan moden bersama pelancar bom tangan, kenderaan tempur ini turut dilengkapi dengan sistem Stesen Senjata Kawalan Jauh bagi membolehkannya menembak secara 360 darjah semasa bertempur.

Tarantula HMAV4x4 dibina dengan dilengkapi perlindungan perisai bawahan Stanag 4569 Level 2B dan perlindungan perisai badan Stanag 4569 Level 2 untuk melindungi penumpang di dalam kenderaan tersebut.

Selain itu, syarikat turut bekerjasama dengan Caterpillar untuk membekalkan enjin yang lasak, berteknologi tinggi dan mampu bertahan di dalam apa jua situasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Zahiri Bin Hj Zainuddin

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply