Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk dua motosikal di Persiaran Utara menghala ke Presint 12, di Putrajaya hari ini.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebagai menerima panggilan kecemasan jam 10.24 pagi.
Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, dua kereta sedan dan dua motosikal.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Seramai sembilan mangsa terlibat dan dua (daripadanya) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM).
Laporan lanjut menyusul. – Buletin TV3
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Mo Syazmi
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI