ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua sekolah di Proton City terima sumbangan peralatan sukan dan wang tunai daripada Proton

Berita Tempatan

Views

Proton bersama cabang sukan dan rekreasi untuk kakitangannya iaitu Kelab Proton baru-baru ini menyumbang peralatan sukan dan wang tunai kepada dua sekolah di Proton City, bagi mempromosikan aktiviti sukan di kalangan pelajar.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City dan Sekolah Kebangsaan (SK) Proton City yang masing-masing menerima sumbangan peralatan sukan dan wang tunai bersempena dengan hari sukan tahunan mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan pihak Sekolah untuk mendidik generasi warga Proton seterusnya dari bandar bersejarah ini.

Keputusan Proton untuk menyokong sekolah melalui sukan juga menyahut galakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar syarikat korporat terlibat dalam dasar 1 Murid 1 Sukan.

Penajaan peralatan sukan kepada SMK Proton City juga merupakan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kelab Proton Tanjung Malim.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tambah Roslan, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Proton dipandu oleh empat teras, iaitu Tempat Kerja, Alam Sekitar, Pasaran dan Pendidikan.

Selain itu, sokongan untuk kanak-kanak adalah selaras dengan nilai korporat mereka iaitu Teamwork, Achiever, Respect and Integrity (TARI).

Mengulas tentang sumbangan yang diberikan, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Proton City, Ferdaus bin Mohni berkata, pihaknya berterima kasih kepada Proton kerana menjalankan program komuniti sebegini. Mereka berharap untuk membina hubungan yang lebih erat dengan jenama automotif nasional itu pada masa-masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply