ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua wanita maut dalam Honda WR-V akibat ‘terhidu gas helium’ – Polis

Berita Tempatan

Views

Polis mengesahkan punca kematian dua wanita yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Honda WR-V di Jalan Tembikai, Bukit Mertajam pada Rabu adalah akibat terhidu gas helium.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata kedua-dua wanita berusia 30 dan 25 tahun.

Katanya, kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan, adalah rakan karib dan laporan kehilangan mereka telah dibuat oleh waris pada 5 Julai lepas.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata atau peralatan lain yang mengaitkan unsur- unsur jenayah.

“Sehubungan itu, polis mengklasifikasikan kematian kedua-duanya sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, jenazah kedua- dua mangsa sudah dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 petang semalam selepas proses bedah siasat selesai di alankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Jenazah dibawa pulang ke Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan. Kedua-dua mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Media pada Rabu melaporkan dua mayat wanita ditemui dalam keadaan sudah kembung dan berbau busuk di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam.

Mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, dua wanita itu berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih lima hari susulan mayat mereka sudah kembung dan berbau busuk.

Turut ditemukan adalah nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa yang diletakkan di bahagian papan pemuka kereta terbabit. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Kemalangan & Bencana Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply