Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) bersama destinasi beli-belah ikonik, Suria KLCC, dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd akan menjadi tuan rumah untuk meraikan dunia fesyen tempatan selama seminggu.
Dengan lebih 50 pereka fesyen dan jenama yang bakal mempamerkan koleksi sedia dipakai mereka, acara fesyen tahunan ini akan diadakan di struktur yang dibina khas, berlatarkan keindahan Menara Berkembar Petronas dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024.
Meliputi seluruh kawasan Esplanade, Taman KLCC, ruang pertunjukkan fesyen khas itu dijangka akan menjadi ikon baharu KLFW.
Berkeluasan 12,000 kaki persegi, struktur setingkat yang boleh memuatkan 500 tetamu pada satu masa itu menempatkan sebuah dewan utama, pentas fesyen serta pelbagai ruang pengaktifan.
Selain menyediakan ruang pameran kepada tetamu jemputan, struktur monokrom yang hebat tersebut dilengkapi sebuah paparan skrin LED besar yang akan menyiarkan pentas peragaan KLFW 2024 secara langsung.
Membuat penampilan sulung di KLFW 2024 adalah jenama fesyen sedia dipakai Akudesign, Corak, Ghostboy, LARNEY, SHALS dan Tact.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Pereka veteran dalam karya-karya bespoke, Fuzana Mokhtaza, buat kali pertama akan tampil di medan KLFW 2024, berkongsi pentas peragaan bersama jenama-jenama gah dunia fesyen seperti Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Nurita Harith dan Alia Bastamam.
Dalam semangat sama yang meraikan ikon dunia fesyen, KLFW 2024 akan menggabungkan teknik-teknik fesyen moden dan tradisional dengan memberi tumpuan terhadap kehalusan seni batik dalam satu slot baharu yang digelar “Fashion Forward Batik Malaysia” menerusi jenama batik berpangkalan di Kelantan, Ruzzgahara.
Dipacu oleh rekaan Peugeot 408 serba baharu, segmen “Design to Sustain” akan memaparkan 15 finalis Pertandingan Pencarian Pereka KLFW 2024 beserta karya mereka.
Pereka-pereka baharu ini akan mengikuti jejak langkah Uzair Shoid, pemenang Pencarian Pereka KL10 2020 yang telah memperagakan koleksi penuhnya dalam segmen sama pada tahun lalu dan akan menampilkan jenama eponimnya di KLFW 2024.
Menurut Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan, KLFW dan ruang peragaan ikonik baharunya pada tahun ini adalah bukti perjalanan selama 12 tahunnya dalam mempertahankan industri fesyen negara.
Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, berkata, pihaknya yakin bahawa keunikkan rekaan 408 dan bahasa tarikan akan menyentuh emosi dan inspirasi pereka-pereka muda ini.
Dalam perancangan selepas anjuran KLFW 2024 adalah Fashion Connect.24 dan Anugerah Fesyen Kuala Lumpur (KLFA) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendorong dan memberi pengiktirafan kepada industri fesyen tempatan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Fashion Connect, adalah acara pendidikan dan rangkaian yang komprehensif dan direka untuk meningkatkan keseluruhan rantaian bekalan industri fesyen dengan menggalakkan ekosistem yang mampan dan berfikiran jauh.
Acara sehari ini menawarkan siri perbincangan dan perkongsian pengalaman dengan pereka, penggiat industri dan tokoh-tokoh budaya.
Ahli panel daripada penganjuran tahun-tahun sebelum termasuk pereka fesyen Kit Woo, Nurita Harith dan Rizman Nordin bersama-sama penggiat penting lain daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kumpulan AmBank, Zalora dan Capital A.
Mengiktiraf sumbangan pereka fesyen dan tokoh-tokoh industri negara, KLFA menganugerahkan 14 anugerah berprestij pada edisi 2023 termasuk Jenama Terbaik, Pencapaian Cemerlang dan Ikon Fesyen Tahunan.
Majlis anugerah yang dipenuhi nama-nama terkemuka itu turut memberi penghormatan terhadap ketahanan dan inovasi yang ditunjukkan oleh pereka fesyen dan pencipta gaya negara.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI