ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario 916 bakal tiba di Malaysia tahun depan

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd, mula mengusik jiwa para ‘Ducatist’ dengan model edisi-terhad Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario 916 yang dijangka tiba di sini seawal separuh pertama tahun 2020.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Model ini telah dilancarkan pada minggu lalu di Pebble Beach, California yang turut menampilkan ‘King’ Carl Fogarty, juara empat kali Kejohanan Superbike Dunia dengan Ducati dalam era 1990an. Untuk memperingati ulangtahun ke-25 Ducati 916, model edisi-terhad ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 500 unit dengan setiap unit mempunyai nombor individu dan akan dihiasi dengan liveri asal serta komponen perlumbaan yang eksklusif.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Semasa perlumbaan Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK) di Laguna Seca minggu lalu, jentera lumba Ducati yang ditunggang oleh Alvaro Bautista dan Chaz Davies telah turun ke litar dengan memperagakan liveri yang diinspirasikan dari grafik Panigale V4 25°Anniversario 916.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply