ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edisi khas Lexus ES 250 Luxury tampil dengan dua warna ekslusif

Views

Lexus Malaysia, anak syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd, memperkenalkan edisi khas Lexus ES 250 Luxury tampil dengan tambahan dua warna ekslusif – Deep Blue Mica dan Sleek Ecru Metallic. Hanya 25 unit ditawarkan untuk setiap warna.

Ia turut didatangkan dengan kemasan dalaman bercorak Buluh sekaligus menjadikan seni pembuatannya tampak lebih berkualiti dan ia begitu sinonim dengan jenama Lexus. Kemasan Buluh ini juga merupakan gandingan yang ideal bersama skema warna dalaman Topaz Brown yang cukup ekslusif.

Lexus ES 250 dijana oleh enjin petrol 2AR-FE 2.5-litre dengan Dual VVT-I dan enjin empat silinder ini turut menampilkan sistem ACIS-III. Enjin ini mampu menghasilkan 135 kW/181 hp pada 6,000 rpm dan 235 Nm tork pada 4,100 rpm.

Paling menarik, tiada kenaikan harga bagi dua warna tambahan ini dan harganya masih lagi kekal pada RM293,900.00. Tempahan kini boleh dibuat di mana mana pusat pameran Lexus di Malaysia. Kesemua model yang dijual oleh Lexus Malaysia, didatangkan dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan. Untuk maklumat lanjut layari laman web www.lexus.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

Lexus ES_BlueMica Lexus ES_SleekEcruMetalic

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply