ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ekzos bingit dan nombor plat ‘cenonet’ antara kesalahan ‘ekstrem’ peserta RXZ Members 5.0

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan beberapa kesalahan ekstrem dilakukan peserta himpunan RX-Z Members 5.0 antaranya mengubahsuai ekzos kenderaan dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, dua kesalahan itu antara 535 kesalahan trafik yang dikesan sepanjang operasi khas motosikal (Ops Lejang) yang dijalankan pada Jumaat dan Sabtu.

Sepanjang operasi itu, pihaknya mengesan kesalahan-kesalahan ekstrem antaranya mengubah suai saiz nombor plat kepada terlalu kecil dan mengubah suai paip ekzos motosikal menjadikan bunyi yang sangat bising.

Pihaknya percaya kesalahan ini merupakan ‘trend‘ untuk mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Ia berikutan terdapat aduan daripada orang awam yang telah merekod kesalahan melanggar lampu isyarat oleh penunggang motosikal, namum ia tidak dapat diproses kerana nombor pendaftaran terlalu kecil.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam perkembangan sama, katanya, terdapat motosikal dikenal pasti terlibat dalam kes nombor casis diganggu menyebabkan kenderaan itu disita.

Katanya, setakat ini pihaknya masih mengenal pasti motosikal yang terlibat dalam kes itu kerana ia dikhuatiri terlibat dalam kes motosikal curi atau dibawa masuk dari negara lain.

Zulkarnain memberitahu, sepanjang dua hari operasi itu, sebanyak 134 kesalahan yang direkodkan melibatkan tidak mempamer nombor pendaftaran, ubah suai ekzos (88), cermin sisi (57), ubah suai bentuk kenderaan (42), nombor pendaftaran ekstrem (26) dan tayar tidak mengikut spesifikasi.

Pihaknya juga mendapati terdapat individu yang tidak memiliki cukai jalan, insurans dan lesen memandu termasuk dua penunggang bawah umur.

Dalam pada itu, Zulkarnain menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan menahan dan menyita motosikal peserta Himpunan RXZ Members 5.0 pada 8 dan 9 September lalu mempunyai agenda tertentu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, sekatan jalan raya yang dijalankan adalah sebahagian operasi khas penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal di seluruh negara yang dikuatkuasakan selama sebulan bermula 1 September lalu.

Tambah beliau, tiada istilah ‘pukat memukat’ kerana operasi ini telah dijalankan sejak awal lagi.

Beliau difahamkan lebih 40,000 yang menyertai program itu, hanya kira-kira 1.34 peratus penunggang motosikal Yamaha RX-Z yang dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan ditetapkan.

Sekiranya mereka mematuhi peraturan ditetapkan, pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mereka.

Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhan sebanyak 4,230 kenderaan diperiksa dengan sebanyak 1,698 saman (P2) dan lain-lain notis (789) dikeluarkan sepanjang operasi dijalankan bermula 1 hingga 9 September lalu.

Katanya, antara kesalahan utama ialah gagal mematuhi isyarat lampu merah, tidak memakai topi keledar, muatan bahaya dan tidak memakai tali pinggang keledar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply