ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton Hyluq – Gambaran trak pikap ‘ladder-frame’ versi Theottle

Impresi Artis

Views

Sudah lama Proton tidak mempunyai trak pikap atau setidak-tidaknya ‘ute‘ seperti Arena atau Jumbuck (di United Kingdom, Taiwan dan Australia) sejak ia ditamatkan pengeluaran pada 2009.

Meskipun Proton pernah mempamerkan sebuah trak pikap konsep semasa acara Alami Proton dan NST-MAI ASEAN Autoshow 2015, namun ia kekal sebagai bahan pameran semata-mata.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Oleh yang demikian, sahabat kami yang juga pakar dalam manipulasi digital, iaitu Theophilus Chin@Theottle merasakan Proton perlu membangunkan sebuah trak pikap berasaskan kerangka tangga (ladder-frame) untuk mengembangkan lagi barisan modelnya di rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Buat masa ini rakan strategik Proton, iaitu Geely juga masih belum ada casis ‘ladder-frame‘ dan Theo telah menggunakan kepakarannya dengan meminjam asas Mazda BT-50 yang merupakan ‘kembar’ Isuzu D-Max untuk dijadikan sebagai rujukan dari segi perkadaran, bentuk dan juga saiz.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dari segi penggayaan reka bentuk pula, Theo telah meminjam beberapa model seperti Geely Xingyue L (Monjaro) untuk bahagian badan, lampu dan pintu belakang dari Farizon FX dan jeriji dengan motif Infinite Weave dan Ethereal Bow pada Proton X90.

Hasilnya sebuah trak pikap ‘ladder-frame‘ dengan penggayaan yang kemas dan nampak elegan. Namun namanya mungkin agak sedikit kontroversi kerana Theo menggelarkannya sebagai ‘Proton Hyluq‘. Bunyinya macam Toyota Hilux, namun ejaannya sedikit berbeza.

Apa pendapat anda mengenai Proton Hyluq’ versi Theottle ini? Anda boleh menonton proses pembikinannya menerusi video yang kami paparkan pada bahagian atas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply