Jika anda seorang pemandu yang mempunyai tabiat tidak akan mengisi minyak selagi lampu simbol indikator minyak berkelip, anda perlu mengubahnya dengan segera. Sebelum ini ada info yang mengatakan, huruf ‘E’ pada takat minyak intu bermaksud ‘Enough’ atau cukup, namun iklan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Honda Malaysia beberapa hari lalu menolak sama sekali teori tersebut.
Memang kita ketahui sikap kebanyakan warga Malaysia suka membuat sesuatu perkara di saat-saat akhir, namun perkara seperti menunggu jarum pada takat minyak mencecah huruf ‘E’ bakal membuatkan poket anda ‘koyak’ pada masa akan datang. Ada beberapa komponen yang akan ‘kaput’ atau rosak jika anda terus berbuat demikian. Yang pertama adalah pam minyak.
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
Ini kerana komponen tersebut tidak dapat bendalir yang diperlukan sekali gus menyebabkan fungsinya semakin merosot hingga membawa kepada kerosakan. Jika ini berlaku, pastinya anda perlu menukar komponen tersebut dan mengeluarkan sejumlah wang untuk membaikinya. Kena pula masa tengah-tengah bulan, sadis kan?
Selain itu, di dalam tangki minyak biasanya akan terdapat mendapan di bahagian paling bawah yang semakin mengeras. Semasa mendapan ini disedut, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada pam minyak dan juga enjin.
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
Sekiranya tangki minyak kerap dibiarkan hampir kering, ia akan membawa masalah kepada pam minyak dan komponen lain yang berkaitan kerana ia terdedah kepada angin dalam satu jangka masa yang lama. Ia mungkin menyebabkan pam tersebut akan menyedut angin kerana minyak tidak cukup.
Kereta anda juga boleh berhenti secara mengejut jika meneruskan perjalanan dalam keadaan tangki minyak yang hampir kering. Ia turut menyebabkan enjin kehilangan kuasa secara tiba-tiba dan cuba anda bayangkan ia terjadi ketika jalan sesak atau pada waktu puncak.
Jika nasib anda baik mungkin ada yang ‘bermurah hati’ untuk menghulurkan bantuan, namun harus diingat ada juga yang jenis ‘baran jalanan’, tak pasal-pasal anda kena ‘sembur’ dengan tengah jalan. Jadi beringatlah, ubah tabiat buat kerja ‘last minute‘ isi minyak jika tidak mahu perkara ini berlaku pada kereta anda. Jiwa anda lebih tenang, hati akan lebih senang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
KOMEN TERKINI