Sejak kami menyiarkan artikel mengenai luahan rasa beberapa pemilik Proton X70 yang ‘makan hati’ dengan mutu khidmat selepas jualan jenama tersebut hingga terpaksa menunggu alat ganti hingga berbulan-bulan, beberapa hari lalu tular lagi satu hantaran berhubung dengan isu yang sama.
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
Ia telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama FaQimi Resources Bahagian Pemasaran yang merupakan salah seorang pemilik SUV tersebut menerusi group X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia). Hantaran itu kini mula mendapat perhatian beberapa portal dan setakat ini dikongsi sebanyak 2,900 kali oleh warganet.
Dia meluahkan rasa kecewa dengan khidmat servis Proton setelah kereta miliknya mula dihantar ke pusat servis pada 2 Oktober lalu. Hampir masuk minggu ke-3 masih belum ada khabar berita mengenai alat ganti yang perlu ditukar. Katanya, usia keretanya baru mencecah 10 bulan dan ia telah mengalami masalah pada brek parkir elektronik.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
Dek kerana terlalu lama menunggu, dia telah membuat aduan kepada ibu pejabat Proton pada 6 Oktober 2020 dan menurutnya, pihak berkenaan akan memaklumkan perkembangan terkini dalam tempoh 48 jam, namun dia masih belum menerima apa-apa maklum balas. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa seakan menyesal membeli model tersebut dan turut meminta pandangan daripada warganet.
Pelbagai reaksi diberikan, ada yang memintanya agar bersabar sedikit masa lagi, ada juga yang memintanya untuk membuat aduan kepada tribunal pengguna dan bermacam-macam lagi. Kami berharap agar isu ini dapat ditangani dengan segera supaya reputasi Proton yang mula meningkat sejak kebelakangan ini tidak tercalar dengan isu-isu kepenggunaan seperti ini lagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit FaQimi Resources Bahagian Pemasaran
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen
KOMEN TERKINI