ARKIB

KATEGORI

Info

Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Tular

Views

Tatkala Proton kini sedang giat untuk menyiapkan dan mengumpul tempahan X50 yang kini telah melepasi angka 20 ribu unit, kedengaran pula rintihan dan rungutan dari pemilik X70 sedia ada di laman sosial.  Kebetulan pula kami mempunyai akses ke laman Facebook Malaysia X70 Community (MYX70COM) dan mengambil peluang itu untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan isu pemilik ‘terpaksa menunggu stok alat ganti untuk tempoh yang terlalu lama‘.

Sebenarnya isu ini mula timbul sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi kita semua faham, hampir semua premis perniagaan terpaksa ditutup termasuklah kilang dan juga pusat servis kenderaan berikutan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Menerusi satu hantaran ringkas mengenai isu berkenaan yang dibangkitkan oleh salah seorang admin group tersebut, ternyata isu ini semakin serius kerana ada pemilik yang masih belum mendapat alat ganti kereta mereka hingga terpaksa menunggu berbulan-bulan.

Jika diperhalusi dari beberapa komen pemilik, stok alat ganti yang dikatakan lambat itu termasulah komponen yang besar seperti bampar depan, penyerap hentak, hinggalah ke komponen kecil modul suis tingkap kuasa (bahagian pemandu), penapis kabin dan juga palam pencucuh.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Difahamkan ada di antara pemilik ini terpaksa menggantikan komponen seperti bampar depan akibat kemalangan. Pelbagai cara telah diusahakan oleh mereka dan masalah ini sebenarnya berpunca dari Pusat Alat Ganti dan bukannya dari Pusat Servis.

Selain itu ada juga pemilik yang ‘merungut’ mengenai masalah lazim X70 seperti kotak gear tersentak (jerking) hingga perlu mengemaskini perisian unit kawalan transmisi, butang suis pengunci tingkap yang mudah rosak dan masalah penyerap hentak yang sering berlaku pada model pemasangan tempatan (CKD) hingga terpaksa ditukar).

Kami berharap dengan pendedahan ini, Proton akan cuba menyelesaikan isu ini dengan kadar segera supaya ia tidak terus berlanjutan hingga membebankan pengguna. Alangkah rugi jika ada pelanggan berpotensi beralih arah kepada jenama lain kerana gerun mendengar isu ini. Janganlah terlalu sibuk mengejar pelanggan baharu hingga membiarkan pemilik sedia ada ‘makan hati’.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply