ARKIB

KATEGORI

Info

Elakkan ‘skim penipuan’, ini lima tip daripada Maxim E-hailing

Info

Views

Perkhidmatan e-hailing kini sudah menjadi keperluan di mana-mana, tidak kiralah sama ada kemudahan pengangkutan penghantaran, lori dan lain-lain lagi.

E-hailing juga menjadi salah satu industri yang terlibat dengan skim penipuan oleh beberapa pemandu, dengan pelbagai kaedah digunakan bagi menjayakannya.

Dengan ini, Maxim E-hailing mengambil langkah untuk berkongsi beberapa tip yang boleh dijadikan panduan agar tidak terjebak dalam penipuan ini.

  • Mengenal pasti tempahan yang dibuat. Setelah membuat tempahan, Maxim mencadangkan penumpang untuk meneliti beberapa aspek penting iaitu alamat, maklumat pemandu, maklumat kenderaan serta harga yang tertera.
  • Mengenal pasti lokasi kenderaan. Semasa membuat tempahan kenderaan, pihak syarikat akan berkongsi peta perjalanan di paparan skrin. Dengan ini, pengguna boleh melihat tempahan kenderaan, sama ada ia berada di laluan yang betul atau pun tidak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

  • Memanfaatkan ruangan mesej yang disediakan di aplikasi. Pengguna boleh berhubung secara langsung dengan pemandu melalui panggilan dan mesej di aplikasi dan elak menggunakan aplikasi peribadi seperti Whatsapps.
  • Tidak digalakkan untuk berkongsi terlalu banyak maklumat, terutamanya maklumat peribadi seperti pekerjaan, nombor telefon, alamat rumah, atau status hubungan semasa dalam perjalanan bersama pemandu.
  • Mengenal pasti harga perjalanan. Seperti sedia maklum, harga perjalanan akan muncul semasa membuat tempahan dan penumpang haruslah memastikan jumlah yang dibayar sama seperti di aplikasi.

Salah seorang pengguna Maxim E-hailing, Dayana Qistina, berkata, aplikasi Maxim menyediakan satu ruang maklum balas untuk pengguna yang ingin berkongsi pengalaman dan sekiranya berlaku apa-apa masalah pihak khidmat pelanggan akan menghubungi terus pelanggan.

Seorang lagi pengguna Maxim E-hailing, Shawzwana berkata, sepanjang pengalamannya menggunakan e-hailing, dia ‘tidak pernah lagi terkena’ dengan pemandu yang menipu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Maxim juga memantau kes seperti ini dan menawarkan bayaran balik wang jika situasi ini berlaku kepada pengguna. Berikut adalah langkah bagaimana untuk berkongsi maklum balas.

  1. Selepas pesanan selesai, terdapat satu bahagian maklum balas yang membolehkan pengguna berkongsi sebarang pengalaman dengan Maxim E-hailing.
  2. Tuliskan situasi anda di bahagian maklum balas
  3. Khidmat Pelanggan Maxim E-hailing akan menghubungi terus dan dengan senang hati akan membantu

Jumlah penuh wang akan dikembalikan jika mana-mana pengguna Maxim terlibat dalam penipuan dari rakan-pemandu Maxim E-hailing.

Sehubungan itu, pihak Maxim E-hailing berharap agar skim penipuan ini dapat dikurangkan. Bersama-sama kita membanteras skim penipuan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply