ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maritim Malaysia sahkan helikopter AW139 mendarat cemas ketika latihan

Berita Tempatan

Views

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan helikopter jenis AW139 kendaliannya melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, berkata operasi mencari dan menyelamat diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Putrajaya pada 10.15 pagi, selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pemancing.

Beliau berkata, pesawat itu diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Aset Maritim Malaysia yang diatur gerak ke lokasi kejadian ialah Bot Pengawal 25 dari Maritim Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 dari Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Semua kru AW139 diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan diterbangkan ke Stesen Udara Maritim Subang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hamid berkata sebelum itu, bot pemancing di tempat kejadian memberi bantuan awal kepada kru terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) serta KM Bagan Datuk turut diatur gerak bagi melakukan kawalan keselamatan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 11.15 pagi dan Maritim Malaysia akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu di Putrajaya, CAAM mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Maritim Malaysia terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor namun tiada kehilangan nyawa.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu membabitkan helikopter model AW139 nombor pendaftaran M72-01 yang membawa empat orang termasuk juruterbang.

Helikopter berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 9.10 pagi bagi latihan penerbangan.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 9.20 pagi, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya.

Beliau berkata, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur di Pusat Kawalan Trafik Udara diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti tempat helikopter terbabit, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu.

Norazman berkata, semua mangsa diselamatkan dengan helikopter penyelamat yang kemudian mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 10.58 pagi. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tanpa Nama

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply