Kami sebenarnya mendapat tahu mengenai desas-desus ini sejak beberapa bulan lalu, namun hingga setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Proton. Ada ura-ura mengatakan Proton bakal membubarkan Proton Edar dan memberikan hak pengedaran kereta-kereta keluarannya hanya kepada Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON Bhd) dan juga pengedar bertauliah.
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
Dikatakan, EON bakal mengambil alih beberapa cawangan Proton Edar sedia ada dan sebahagian lagi akan diambil alih oleh pengedar. Ketika artikel ini ditulis, kami menerima maklumat yang mengatakan salah satu cawangan Proton Edar di Juru, Pulau Pinang kini sedang dalam proses penjenamaan semula dan segala sistem yang berkaitan dengan cawangan berkenaan akan tergendala selama dua minggu bermula dari 24 Oktober 2020 sehingga 8 November 2020.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
Maklumat ini diperolehi dari salah seorang rakan pembaca kami Firdaus Ichirou yang kebetulan menghubungi cawangan berkenaan untuk membuat janji temu servis pada 24 Oktober. Ini bermakna, para pemilik kereta Proton hanya boleh menghantar kereta mereka untuk diservis di sana sebelum 24 Oktober atau selepas 8 November 2020.
Kami tidak pasti cawangan Proton Edar mana lagi yang terlibat dalam proses pengambil alihan dan penjenamaan semula ini, namun dikatakan EON hanya akan memilih cawangan yang ‘boleh membuat duit’. Sejauh mana kebenaran info masih menjadi tanda tanya dan kami akan cuba merisik apa yang patut dalam masa terdekat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen
KOMEN TERKINI