ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pukul anggota bomba – Suspek positif dadah

Berita Tempatan

Views

Susulan dari insiden seorang lelaki yang menumbuk anggota bomba ketika operasi memadamkan kebakaran kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn di sini, Harian Metro melaporkan yang lelaki itu didapati positif dadah.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, lelaki berusia 30-an disahkan positif hasil ujian saringan awal dilakukan. Katanya, individu itu yang juga pengurus acara di Kuala Lumpur mengaku sebagai pemilik kereta Proton Persona yang terbakar selepas terbabit kemalangan.

Tambah beliau, kejadian berlaku jam 10.40 pagi ketika anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kereta yang terbabit kemalangan. Suspek meluru ke tempat kejadian dan mahu menghampiri keretanya, namu pegawai bomba yang bertugas memberikan arahan supaya suspek bertenang dan memberikan kerjasama, namun dia menjadi agresif dan secara tiba-tiba meluru ke arah anggota bomba lalu menumbuk lengan kiri.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Suspek kemudian berjaya ditahan dengan bantuan anggota bomba lain dan orang awam yang berada di lokasi kejadian. Mohd Zaid berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk permohonan reman, esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/353 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 susulan kemalangan yang berlaku. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply