ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETS bergesel dengan Komuter, seorang penumpang cedera

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan sebuah kereta api elektrik (ETS) dan komuter tiga gerabak bergesel berhampiran Stesen Kuang, hari ini. Seorang penumpang komuter cedera manakala 29 penumpang Komuter dan 93 penumpang ETS tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata tren komuter itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS dari Stesen Padang Besar yang menuju ke Stesen KL Sentral pada 6.37 petang.

Katanya, satu landasan di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Rawang tidak terhalang dan masih boleh digunakan untuk perkhidmatan tren-tren lain. Tambah beliau, pihaknya menjangkakan akan berlaku sedikit kelewatan bagi perkhidmatan tren-tren tersebut.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Beliau berkata, penumpang komuter yang cedera ringan di tangan itu telah diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan KTMB di Stesen Kuang sebelum mangsa meneruskan perjalanan ke Stesen Sungai Buloh. Para penumpang ETS yang terbabit juga telah dipindahkan menaiki ETS berikutnya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kamarulzaman turut menambah pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih di lokasi kejadian. Tambah beliau lagi, siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian. Semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan mengenai siasatan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Berhad

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply