ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Foto Intip

Views

A ha! Nampaknya satu lagi model MC2 (Minor Change 2 – bukan Medical Check-up ye) mula menunjukkan dirinya. Setelah Persona muncul lebih awal sebelum ini, tiba giliran kembarnya Iriz pula keluar ke jalan raya. Mereka berdua yang memakai ‘celoreng pelitup badan’ berjaya dikesan oleh warganet dan foto-foto ini dikongsikan oleh rakan kami, Eric sebentar tadi.

Pada mulanya kami menjangka hanya model Persona sahaja yang akan dipertingkatkan untuk tahun hdapan, rupa-rupanya Iriz juga turut tidak ketinggalan. Daripada maklumat yang kami perolehi dulu, Persona MC2 akan mengalami sedikit perubahan kosmetik luaran dan beberapa perubahan kecil di ruang kabin.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Namun menurut maklumat risikan yang baharu sahaja kami terima daripada Mat Bond, apa yang boleh dipastikan setakat ini kedua-dua model MC2 (Persona dan Iriz) sah akan menerima bampar depan dan belakang serba baharu.

Tetapi hasrat untuk melihat perubahan pada transmisi CVT kepada 4-kelajuan automatik mungkin tidak kesampaian kerana ia masih setia dengan apa yang ada ketika ini. Lagipun para jurutera Proton telah membuat penalaan semula kotak gear tersebut pada model faceliftnya yang terdahulu.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Selain mendapat bampar depan dan belakang serba baharu, Persona dan Iriz MC2 nanti akan mengalami perubahan pada reka bentuk papan pemuka. Dikatakan, ia bakal menerima unit infohiburan baharu, kemungkinan tombol pelaras pendingin hawa jenis digital dan juga kombinasi meter baharu.

Jika diperhatikan kepada foto-foto intipan ini, kelihatan Persona dan Iriz MC2 bakal mendapat rekaan rim aloi serba baharu kerana bahagia tersebut masih ditutup. Apa yang menarik, Mat Bond berkata Proton sedang mempersiapkan model ‘edisi khas’ untuk Persona dan Iriz dan ia mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibrahim bin Ahmad

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply