ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV ‘mampu milik’ Perodua bakal dilancar hujung tahun 2025?

Berita Tempatan

Views

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya semalam, seolah-olah memberi bayangan model kenderaan elektrik (EV) ‘mampu milik’ keluaran Perodua bakal dilancaran pada hujung tahun 2025.

Katanya, bila bercerita tentang EV, ramai yang mengadu harganya terlalu tinggi. Oleh itu, Perodua telah dipilih sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

Beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Perodua bagi mengetahui lebih lanjut perkembangan projek EV mereka dan bagaimana Kerajaan dapat membantu untuk menjayakan projek tersebut demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.

Dalam artikel terdahulu, beliau memaklumkan pihak Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada Ogos tahun lalu, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata syarikat itu merancang untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) model EV dengan kerjasama rakan kongsinya dari Jepun.

Sekiranya Perodua mampu mengeluarkan dan memasang EV secara tempatan, ia boleh dijual di bawah harga RM100,000.

Pada Mei tahun lalu, Perodua telah mempamerkan sebuah kereta konsep hatchback EV segmen-B yang dikenali sebagai Electric Motion-Online (EM-O) Concept bersempena dengan Malaysia Autoshow 2023.

EM-O Concept dikuasakan oleh motor elektrik tunggal digandar hadapan yang menjana output 95 PS dan dan 121 Nm daya kilas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kuasanya setara dengan apa yang dihasilkan oleh enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang menjana Myvi dan juga Bezza. Model ini menggunakan bateri jenis lithium ion berkapasiti 50 kWj yang memberikan jarak pemanduan antara 300 km hingga 350 km.

EM-O Concept mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10 saat dengan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j. Dari segi pengecasan, seni bina elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW.

Foto imej janaan Kecerdasan Buatan (AI)

Ini membolehkannya dicas 100 peratus dalam tempoh tujuh jam setengah menggunakan pengecas AC standard. Manakala dengan penggunaan pengecasan pantas DC pula, ia boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

Dari segi dimensi, EM-O Concept berukuran 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,500 mm yang hampir menyamai sebuah Myvi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply