ARKIB

KATEGORI

Buletin

Filem Raya ‘Siapa Siti?’ dari Carro Malaysia tampilkan adegan kejar-mengejar yang mencuit hati, saksikan di YouTube!

Berita Tempatan

Views
Carro 2024 Raya: Siapa Siti? | Who is Siti?

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Carro mempersembahkan Filem Raya terbaharunya yang menceritakan kisah hubungan dan kenangan bersama insan tersayang dalam setiap perjalanan balik kampung.

Ini merupakan filem Raya pertama Carro Malaysia selepas penjenamaan semula daripada myTukar pada awal Mac lalu.

Dengan nama yang selari dengan perniagaan lain Carro di Asia Tenggara yang meliputi Singapura, Thailand, Indonesia, Taiwan dan Jepun, Carro Malaysia kini terintegrasi sepenuhnya dalam jenama ini serta tawarannya.

Berjudul ‘Siapa Siti?‘, filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pulang ke kampung.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun semua orang teruja apabila Opah berkeras untuk mengejar sebuah kereta oren. Adakah Opah ingin membangkitkan keseronokan Raya? Ataupun ternampak ahli keluarga yang telah lama menghilang dalam kesesakan jalan raya?

Menurut Ketua Pemasaran Serantau Carro, Katherine Teo, perjalanan balik kampung sangat penting, dan kerana itulah pihaknya  komited untuk memberikan pengalaman memandu yang berkualiti dan selamat, agar pelanggan dapat pulang ke kampung tanpa rasa bimbang.

Pengarah Kreatif Carro, Simond Chew berkata, filem tahun ini melawan norma genre Raya yang lazimnya menyayat hati, dengan menonjolkan keriuhan perjalanan pulang ke kampung dalam sebuah aksi kejar-mengejar kereta yang mendebarkan dan ‘mencuit hati’.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Pegawai Eksekutif Carro Malaysia Derrick Eng pula berkata, ayat penutup filem ini iaitu “Di mana ada keluarga, di situ ada jalan”, sememangnya menzahirkan semangat Raya dan nilai Carro sebagai sebuah jenama.

Filem ini boleh ditonton di saluran YouTube Carro Malaysia, dan turut dipertontonkan di Singapura dan Indonesia.

Sempena sambutan Aidilfitri, pelanggan di Malaysia yang membeli kenderaan Carro Certified mulai 17 April akan menikmati diskaun hebat, baucar dan hadiah cabutan bertuah. Mereka juga boleh menikmati diskaun sehingga RM8,000 untuk kereta Carro Certified terpilih!

800 pelanggan pertama yang menempah kenderaan akan menerima baucar diskaun 30 peratus untuk perkhidmatan Baik Pulih Badan & Mengecat Carro Care, baucar diskaun 10 peratus untuk perkhidmatan penyelenggaraan Carro Care dan baucar diskaun 10 peratus untuk pembaharuan insurans.

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pulangan tunai bernilai RM5,000, TV Android Philips 43-inci bernilai RM1,800, baucar Habib bernilai RM1,000 dan baucar petrol!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply