ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Autoshow 2023: Perodua pertonton EM-O Concept, petunjuk awal model ‘EV Rahmah’ atau Myvi versi EV?

Berita Tempatan

Views

Seperti yang dijanjikan, Perodua memperlihatkan sebuah kereta konsep hatchback EV segmen-B yang dikenali sebagai Electric Motion-Online (EM-O) Concept di Malaysia Autoshow 2023.

Meskipun hadir dalam bentuk model skala sahaja, reka bentuk EM-O Concept memberi petunjuk kepada model EV yang bakal dihasilkan oleh syarikat automotif nasional itu pada masa depan.

Menurut rakan media di WapCar.my, dari segi spesifikasi, EM-O Concept dikuasakan oleh motor elektrik tunggal digandar hadapan yang menjana output 95 PS dan dan 121 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kuasanya setara dengan apa yang dihasilkan oleh enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang menjana Myvi dan juga Bezza. Model ini menggunakan bateri jenis lithium ion berkapasiti 50 kWj yang memberikan jarak pemanduan antara 300 km hingga 350 km.

EM-O Concept mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10 saat dengan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j. Dari segi pengecasan, seni bina elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW.

Ini membolehkannya dicas 100 peratus dalam tempoh tujuh jam setengah menggunakan pengecas AC standard. Manakala dengan penggunaan pengecasan pantas DC pula, ia boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dari segi dimensi, EM-O Concept berukuran 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,500 mm. Ini bermakna ukurannya hampir menyamai sebuah Myvi!

Dari segi reka bentuk ia menampilkan gaya reka bentuk moden dan futuristik dengan penggunaan garisan tajam pada reka bentuk lampu depaan dan belakang.

Rekaan jerijinya memperlihatkan gaya sebuah model hibrid dan sekilas pandang ia mirip model Chery OMODA 5. Model ini turut memperlihatkan kemajuan reka bentuk Perodua yang semakin ke arah global.

Adakah EM-O Concept memberi petunjuk awal hala tuju gaya reka bentuk Myvi generasi keempat (G4) atau model crossover segmen-B, D66B? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar.my

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply