Selang sehari selepas Proton mempertontonkan dan mengumumkan nama model pertama untuk jenama kenderaan elektrik baharunya Proton e.MAS, yang dikenali sebagai e.MAS 7, versi ‘kembarnya’ iaitu Geely Galaxy E5, telah dilancarkan secara rasmi di China.
Seteru terkuat BYD ATTO 3 ini menampilkan teknologi tercanggih seperti bateri jenis litium besi fosfat bilah-pendek dikenali sebagai Aegis dan sistem inforia Flyme Auto dari pengeluar peranti pintar, Meizu.
Harga yang ditawarkan bermula dari 112,800 yuan (RM69,581) hingga 148,800 yuan (RM91,788). Lebih menarik, sebelum 1 Oktober, pembeli akan menikmati diskaun 3,000 yuan (RM1,850) dan ini bermakna, harganya akan bermula dari 109,800 yuan (RM67,731) sahaja!
Lapan pilihan warna menarik dan ranggi ditawarkan, antaranya merah, merah jambu, kelabu, hijau, putih, perak, hitam dan juga biru.
Model yang dibangunkan dari pelantar Seni Bina Elektrik Geely (GEA) ini mempunyai ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,750 mm.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Berat kerbnya hanyalah 1,615 kg. Galaxy E5 mempunyai pekali seretan 0.269 Cd dan tayar aerodinamik bersaiz 235/50 R19.
SUV elektrik segmen-C ini menggunakan teknologi penyepaduan bateri sel-ke-badan atau CTB bagi membolehkannya mencapai nisbah beban gandar depan-ke-belakang 50:50.
Ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal dengan output maksimum 160kW dan 320 Nm daya kilas. SUV elektrik ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat.
Kembar Proton e.MAS 7 itu menawarkan dua konfigurasi bateri, iaitu 49.52 kWj dan 60.22 kWj, yang masing-masing memberikan jarak pemanduan antara 440 km dan 530 km.
Galaxy E5 dilengkapi sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1 yang merangkumi 11 peranti utama seperti motor, kawalan elektronik dan pengurang dalam satu unit. Berat sistem ini hanya 79.8 kg manakala isipadunya pula 72 liter.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Model ini menawarkan ruang dalaman sehingga 4.03 meter persegi. Ia mempunyai 33 ruang penyimpanan yang merangkumi laci tambahan di bawah bolong pendingin hawa belakang dan satu lagi di bawah tempat duduk belakang.
Selain itu, ia mempunyai paparan tengah jenis terapung, panel instrumen digital dan paparan kepala (HUD). Model premium menawarkan sehingga 16 pembesar suara, termasuk pembesar suara pada penyandar kepala.
Ia menampilkan sistem Flyme Auto, yang direka untuk menjadi intuitif seperti telefon pintar dan dikuasakan oleh cip pemproses automotif 7 nm, Dragon Eagle One yang pertama dihasilkan secara domestik di China.
Geely turut memperkenalkan teknologi pemegang pintu tersembunyi yang inovatif yang menjanjikan operasi yang boleh dipercayai walaupun dalam keadaan yang melampau dan merancang untuk berkongsi teknologi ini dengan industri.
Adakah kita akan mendapat segala ciri, spesifikasi dah julat harga pada Galaxy E5 untuk versi e.MAS 7 nanti? Sama-sama kita tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
Geely Galaxy E5
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI