Memandangkan hingga ke hari ini masih belum ada khabar berita mengenai apakah status terkini Projek Kereta Nasional Ketiga, pereka automotif tersohor Saharudin Busri atau Wak tampil dengan hasil karyanya yang terbaharu. Ia merupakan sebuah rekaan konsep SUV elektrik (EV-SUV) untuk kenderaan elektrik Malaysia yang pertama.
Menurutnya, rekaan EV-SUV ini dihasilkan khusus bagi tujuan latihan kepada pelajar reka bentuk industri mengenai bagaimana untuk menghasilkan rekaan kereta bertaraf pereka profesional. Selain itu, sebagai seorang pereka automotif, beliau terpanggil untuk berkongsi idea dan visinya mengenai cadangan reka bentuk untuk Kereta Nasional Ketiga dan kenderaan elektrik (EV).
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
Sekilas pandang, reka bentuk EV-SUV ini mirip Lamborghini Urus dengan lekuk badan yang padu serta nampak maskulin. Rekaan ini katanya mengikut arus semasa reka bentuk automotif dan EV yang moden serta terkini. Beliau memilih gaya elegan untuk model ini kerana ia sangat popular di Malaysia dan di peringkat global ketika ini.
Kami sebenarnya tertarik dengan rekaan lampu belakang yang nampak unik, menampilkan jejalur lampu LED bersambung dan bercabang di hujungnya. Ini secara tidak langsung memberikan gaya yang tersendiri pada lakaran digital tersebut.
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
Kata Saharudin, aktiviti reka bentuk EV-SUV yang dihasilkan ini juga merupakan bahan pembelajaran untuk beliau melatih para pelajar reka bentuk industri secara dalam talian. Tambahnya, beliau kini sedang membangunkan model 3 dimensi (3D) untuk model tersebut dan hasilnya nanti akan dipamerkan secara realiti maya dalam tempoh sebulan lagi.
Kepada anda yang berminat dengan reka bentuk industri dan juga bercita-cita untuk menjadi pereka automotif, anda boleh melihat lebih banyak hasil karya beliau menerusi saluran YouTube Saharudin Design dan juga laman Instagram rasminya di pautan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas
KOMEN TERKINI