ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fasa 1 PPN : Kedai cuci kereta, aksesori dan bilik pameran antara yang dibenar beroperasi mulai esok

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok (16 Ogos) ini.

Menurut Astro AWANI, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selain itu beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai setelah pihak kerajaan berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan.

Kemudahan-kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuat kuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 ialah:

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

  1. Kedai cuci kereta
  2. Kedai elektrik dan elektronik
  3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
  4. Kedai perabot
  5. Kedai peralatan sukan
  6. Kedai aksesori kereta
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
  8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
  9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
  10. Kedai barang kemas
  11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

Beliau berkata, ia termasuk memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan, serta tidak membenarkan penggunaan bilik acu (fitting room). Tambah beliau, SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu Perdana Menteri berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19. Ini bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Jelas beliau, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

Bagaimana pun, Perdana Menteri berkata, penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang yang diumumkan itu terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.

Selain itu, katanya lagi, individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan tersebut juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap. Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang telah mencapai 64.7 peratus.

Tambah beliau lagi, individu yang telah lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini apabila kemudahan-kemudahan ini mula berkuatkuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply