ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fasa pertama SUKE mula dibuka tengah hari esok, tol percuma sebulan

Berita Tempatan

Views

Fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi jajaran sejauh 16.6 kilometer (km) akan dibuka kepada pengguna mulai 12 tengah hari esok.

Berita Harian melaporkan, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fasa pertama lebuh raya terbabit bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.

Beliau juga ingin mengumumkan bahawa tol secara percuma selama sebulan, bermula jam 12 tengah hari 16 September.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Pengguna yang bakal menggunakan laluan lebuh raya alternatif ini diharap mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memandu secara berhemah.

Syarikat konsesi diingatkan agar mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan tahap perkhidmatan dan operasi yang terbaik diberikan kepada pengguna sambil mematuhi perjanjian konsesi.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan fasa pertama pembukaan Lebuhraya SUKE di Plaza Tol Bukit Teratai, di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau, pembinaan dan pembukaan rangkaian lebuh raya di negara ini adalah keperluan untuk menggerakkan pembangunan ekonomi dan infrastruktur negara.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Justeru, kementerian menyokong usaha Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dan anak syarikatnya Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd merealisasikan hasrat kerajaan ini.

Dedikasi dan komitmen yang berterusan daripada pihak syarikat dalam membantu pembangunan infrastruktur negara membuktikan keberkesanan projek Perkongsian Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP) di antara pihak PROLINTAS dengan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan komited dalam menangani isu kepadatan trafik di ibu negara bagi memastikan kesejahteraan rakyat yang bekerja dan tinggal di sekitar Lembah Klang, menerusi manfaat perjalanan lebih singkat dan pengurangan kadar pelepasan karbon.

Kesiapsiagaan dan pembukaan SUKE akan membawa impak signifikan terhadap usaha untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik arus trafik, khususnya untuk bahagian timur Kuala Lumpur.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply