ARKIB

KATEGORI

Buletin

FIA iktiraf MAM sebagai badan induk sukan permotoran Malaysia yang baharu

Berita Tempatan

Views

Nampaknya kemelut antara dua badan induk sukan permotoran Malaysia sampai ke kemuncaknya dan seperti yang dijangka oleh pelbagai pihak, kini Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) telah menerima pengiktirafan dari Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bagi menggantikan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dengan serta-merta.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Dalam satu kenyataan bertarikh 18 Jun lalu, FIA berkata telah memutuskan untuk mewakilkan tugas AAM kepada MAM yang diterajui presiden Tan Sri Mokhzani Mahathir, sebagaimana tertakluk dalam Perkara 5.2 dan 16.3 Statut FIA. Setiausaha Agung FIA Bahagian Sukan Permotoran, Peter Bayer berkata sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia pada bulan Oktober nanti.

Beliau juga berharap MAM akan mengambil semua langkah yang sewajarnya sebagai badan berkuasa sukan permotoran di Malaysia. Pada 30 November 2018, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia membatalkan pendaftaran AAM ekoran kegagalan mematuhi pelbagai peraturan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Sementara itu, Mokhzani mengalu-alukan pengiktirafan FIA itu, sambil menyatakan keutamaan badan induk baharu itu adalah untuk memastikan sukan permotoran negara terus berkembang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, adalah penting bagi Malaysia mempunyai sebuah badan pengelola bagi melaksanakan aktiviti sukan permotoran serta menyokong pembangunan sukan itu serta memberi pengiktirafan kepada acara berkaitan permotoran. Tambahnya lagi, MAM akan melakukan yang terbaik bagi memastikan sukan permotoran Malaysia menerima khidmat terbaik daripada mereka.

Sumber : Sinar Harian

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply