ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model P – Bakal telefon pintar pertama Tesla?

Berita Tempatan

Views

Sebut sahaja nama Tesla fikiran anda pasti terus membayangkan barisan kereta elektrik, trak semi elektrik dan sudah pasti pengasasnya Elon Musk kan? Pernahkah anda terbayang jenama tersebut mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri?

Tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, tiba-tiba Elon Musk ‘buat gila’ untuk mengeluarkan produk tersebut kerana mereka kini sedang giat melancarkan satelit SpaceX bagi mendominasi talian internet berkelajuan tinggi di seluruh dunia pada masa depan.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Jika ia bakal direalisasikan, mungkin inilah konsep reka bentuk telefon pintar tersebut yang diberi nama Model P. Ia direka oleh seorang pereka berbakat bernama Martin Hajek. Beliau sebelum ini pernah mereka bentuk konsep iPhone Xc dan MacBook dengan skrin OLED.

Reka bentuk telefon pintar Model P telah diinspirasikan oleh crossover Model X dengan skrin bertakuk tajam seperti rekaan jeriji pada model tersebut. Secara kasar, bentuknya tidak seperti model telefon pintar yang ada di pasaran kerana bucunya nampak lebih bulat lantas ia mengimbau kenangan kami kepada rekaan ‘Nokia 6600 (sabun)‘.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Di belakang, ia menggunakan kamera dwi-lensa yang dikurung di dalam bentuk seperti ‘Nokia 7610 (daun)‘. Kemasan gentian karbon pula menghiasi bahagian bawah di mana terletaknya port untuk pengecasan. Pada kami kemasan berwarna merah sangat secocok dengan konsep telefon pintar ini kerana ia nampak sangat sporty.

Buat masa ini kita hanya boleh berangan dahulu sehingga Elon Musk berubah fikiran. Setidak-tidaknya Martin Hajek sudah memberi gambaran awal. Menarik bukan?

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply