ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dan Renault bakal bergabung?

Berita Global

Views

Ini mungkin berita besar dalam dunia automotif global semasa. Menurut Berita Harian, Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dan Renault dijangka bakal mengumumkan yang mereka kini dalam rundingan untuk penggabungan dalam masa terdekat. Lembaga pengarah syarikat automotif Perancis itu juga telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi berkenaan.

Ia susulan berita yang tersebar pada hujung minggu yang mengatakan kedua-dua syarikat automotif terkemuka di dunia itu sedang dalam rundingan berhubung menjalin kombinasi global komprehensif yang dapat menangani beberapa kelemahan utama dalam syarikat masing-masing.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Menurut sumber terdekat, ada beberapa perancangan yang sedang dirundingkan dan ia mungkin akan membabitkan pemindahan ekuiti. Wall Street Journal semalam melaporkan, kedua-dua syarikat sedang mempertimbangkan untuk mengadakan penggabungan pada asas sama rata, yang merupakan antara opsyen dirundingkan.

Les Echo menerusi laman sesawangnya melaporkan, Pengerusi Renault, Jean-Dominique Senard, telah membentangkan rancangan penggabungan FCA-Renault kepada Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire pada Jumaat lalu. Kerajaan Perancis memiliki kepentingan 15 peratus dalam Renault.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Janji niaga yang dibincangkan itu termasuk jaminan yang meliputi urus tadbir korporat dan pekerjaan di Perancis dan Itali. Tekanan bagi penggabungan dalam kalangan pengeluar kereta semakin meningkat hari ini yang berhadapan cabaran daripada kenderaan elektrik, peraturan pelepasan asas yang semakin ketat dan teknologi baharu yang mahal dibangunkan bagi kenderaan pandu sendiri (autonomi).

Sebelum ini Pengerusi FCA, John Elkann, seorang daripada dinasti Agnelli di Itali yang mengawal syarikat itu, menegaskan komitmen keluarga beliau terhadap industri automotif. Bagaimanapun, beliau berkata bahawa pihaknya bersedia untuk mengambil “keputusan berani dan kreatif” untuk membantu membina masa depan yang mantap dan menarik bagi syarikat itu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply