ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Foto Intipan

Views

Waktu sahur tadi kami telah terjumpa foto-foto ini di salah satu laman group Whatsapp. Jika dilihat dari luar sememangnya model Proton Exora ini sama sahaja dengan model semasa, cuma yang berbeza adalah pada antenanya yang kini menggunakan jenis ‘sirip jerung’ dan warna badannya yang seakan sama dengan Rosewood Maroon yang mula digunakan pada Persona 2019.

Perbezaan yang ketara adalah di bahagian dalaman yang kini dengan konsol tengah papan pemuka dengan kemasan krom dan hitam berkilat yang menempatkan unit infohiburan yang serupa dengan foto intipan yang kami perolehi sebelum ini. Adakah ini Exora Running Change (RC)?

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Kami melakukan risikan dan mendapati ia memang Exora RC. Apa yang menarik, model ini bakal diperkenalkan pada 28 Mei (esok), namun tidak pasti sama ada ia pelancaran rasmi atau sekadar untuk membuka tempahan awal. Selain dari perubahan pada konsol tengah papan pemuka, meter Exora RC juga berbeza dan ia sama seperti yang digunakan pada Iriz dan Persona 2019.

Selain itu, kemasan pada panel pintu juga lebih menarik dengan kehadiran corak berbentuk geometri segitiga dengan warna hitam dan putih. Kemasan sarung tempat duduk juga menampilkan kombinasi kulit dan fabrik yang nampak lebih menarik. Apa yang pasti, Exora RC sudah pandai bercakap kerana ia akan dilengkapi fungsi Arahan Suara yang dibangunkan oleh Proton dan ECARX.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Kami difahamkan Exora RC akan ditawarkan dengan dua varian – Executive dan Executive Plus yang dikatakan bakal menggantikan varian Premium. Paling menarik, besar kemungkinan harga Exora RC akan ‘lebih murah’ berbanding model semasa, namun harga rasmi hanya akan diketahui semasa pelancarannya nanti.

Setakat ini tiada sebarang perubahan mekanikal dilakukan memandangkan ia sekadar model yang dipertingkatkan. Sebenarnya pada pendapat kami, apa yang dilakukan oleh ini adalah sekadar untuk melengkapkan barisan model sedia ada memandangkan Ertiga sudah tamat pengeluaran.

Jadi Proton terpaksa bertahan dan menjual Exora yang sudah dimamah usia ini sementara menunggu penggantinya yang dijangka tiba dalam tempah dua tahun lagi. Jika betul Exora RC diperkenalkan esok, kami akan bawakan perkembangan mutakhir dari semasa ke semasa. Tunggu!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply