ARKIB

KATEGORI

Info

Nampak kenderaan buat kesalahan lalu lintas? Rakam gambar dan laporkan kepada JPJ!

Info

Views

Anda geram dan sakit hati dengan pemandu yang menyalahguna lorong kecemasan? Teringin nak jadi ‘kaki report’ seperti Ayahanda Abdul Rani Kulup? Ini peluang anda untuk menjadi ‘mata-mata’ kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Ops Bersepadu Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi peluang tersebut kepada anda untuk berbuat demikian tetapi kena mengikut saluran yang betul dan tidak boleh bertindak sendiri. Tambah Anthony lagi, kenderaan berat adalah dilarang untuk menggunakan lebuh raya pada tarikh berikut, iaitu pada 1, 2, 3, 8 dan 9 Jun 2019.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Beliau turut mengumumkan kadar kemalangan semasa perayaan Tahun Baru Cina yang lalu telah mengalami penurunan, iaitu pada 20,829 kes berbanding dengan 21,041 kes pada tahun sebelumnya. Selain itu, kes kemalangan maut pada musim perayaan itu juga menurun dari 208 kes pada tahun 2017 kepada 197 kes pada tahun lalu.

Bagaimana cara anda untuk melaporkan kesalahan lalu lintas (sebagai contoh : guna lorong kecemasan, memotong barisan dan lain-lain) kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Ikuti langkah mudah ini dengan menggunakan aplikasi Whatsapp:

  • Rakam foto kesalahan lalu lintas tersebut.
  • Isikan nama penuh, alamat surat-menyurat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda dan hantarkan ke 013-449 8997.
  • Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut – laporan ringkas aduan, tarikh dan masa, lokasi kejadian, jenis kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan serta salinan foto, video atau dokumen berkaitan.

Jom sama-sama kita bantu sejahterakan jalan raya dan lebuh raya sempena Hari Raya nanti! Jangan sampai anda pula yang ‘kantoi’ guna telefon bimbit semasa memandu, bagilah penumpang yang merakamnya.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply