ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford perkenal Ranger generasi baharu (2022)

Berita Global

Views

Setelah puas diintip dan sesekali mengacah warganet, Ford hari ini memperkenalkan generasi baharu trak pikap saiz sederhananya, iaitu Ranger serba baharu (2022). Sekilas pandang, reka bentuk Ranger kali ini banyak diinspirasikan dari model Ford Maverick dan F-150 dengan gaya yang lebih moden dan terkini.

Meskipun segalanya nampak baharu, namun Ranger 2022 masih menggunapakai pelantar model T6 dengan beberapa penambaikan. Dari segi dimensi, jarak antara gandar Ranger 2022 adalah 50 mm lebih panjang, manakala lebar trek ruang kargonya lebih 50 mm berbanding model terdahulu.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Dari segi pilihan enjin, buat julung kalinya Ranger 2022 ditawarkan dengan 3.0 liter diesel turbo V6 yang turut digunakan pada F-150 yang lebih berkuasa. Enjin tersebut telah diberi talaan semula bagi memastikan serasi dengan Ranger yang mempunyai saiz yang lebih kecil.

Ranger 2022 turut didatangkan dengan pilihan enjin EcoBoost 2.3 liter, 2.0 liter turbo-berkembar dan juga 2.0 liter diesel turbo tunggal yang mempunyai talaan yang berbeza. Ranger 2022 masih menggunakan transmisi automatik 10-kelajuan yang menerima penukar daya kilas (torque converter) baharu.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Selain itu, pilihan transmisi 4-kelajuan automatik dan 6-kelajuan manual baharu turut ditawarkan. Generasi baharu Ranger ini ditawarkan dengan dua pilihan sistem pacuan empat roda yang berbeza iaitu 4X4 dengan  shift-on-the-fly dan 4X4 sepenuh masa dengan pilihan mod baharu.

Ruang dalaman Ranger 2022 kini lebih moden dengan reka letak yang minimalis, menampilkan paparan infohibur Ford SYNC 4 dengan pilihan saiz 10.1-inci atau 12-inci, kelompok meter digital, tombol gear yang lebih bergaya, brek parkir elektronik dan butang kawalan mod pemanduan jenis berputar.

Menurut Ford, bakal pemilik Ranger baharu mungkin ‘rambang mata’ dengan penawaran sehingga 600 pilihan aksesori, yang sebahagiannya dihasilkan oleh ARB 4×4 Accessories. Pengeluaran Ranger 2022 akan dibuat di fasiliti yang terletak di Thailand dan Afrika Selatan bermula tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply